Accessibility Tools


Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80

Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377

Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41

Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
Hari Rabu Tanpa Kenderaan

Hari Rabu Tanpa Kenderaan

11 Feb 2026 | Siapa kata hari bekerja tak boleh sihat? Pagi ini, warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah membuktikan bahawa kita boleh kekal aktif walaupun dalam kesibukan tugas! Hari ini bukan sekadar kempen "Hari Rabu Tanpa Kenderaan", tetapi kita meriahkan lagi dengan aktiviti Briskwalk bersama-sama. Selain dapat menghirup udara segar dan mengurangkan jejak karbon di kampus, aktiviti ini juga menjadi medan terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan pelajar. Kenapa Briskwalk? ✅ Jantung lebih sihat, minda lebih cerdas. ✅ Kurangkan stres sebelum mula tugasan. ✅ Sokong kelestarian alam sekitar (Green Campus!). Terima kasih kepada semua yang menyertai dengan penuh semangat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan modal insan yang cergas, produktif, serta menyokong agenda kelestarian negara. Jom kita jadikan budaya hidup sihat ini sebagai rutin mingguan!
Sesi Kick-Off Pengurusan ADTEC JTM Kuala Langat Bersama Penyedia Perkhidmatan Makanan Bermasak Islam (Dewan Makan)

Sesi Kick-Off Pengurusan ADTEC JTM Kuala Langat Bersama Penyedia Perkhidmatan Makanan Bermasak Islam (Dewan Makan)

9 Februari 2026 |Sesi Kick-Off Barisan Pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat bersama Syarikat Perkhidmatan Penyediaan Makanan Bermasak Islam (Dewan Makan) yang telah berjaya dan akan memulakan perkhidmatan bermula pada 1 Februari 2026 hingga 31 Januari 2028. Sesi ini bertujuan menyelaras hala tuju, skop perkhidmatan serta komitmen bersama dalam memastikan penyediaan perkhidmatan dewan makan yang berkualiti, selamat dan memenuhi keperluan pelajar selari dengan aspirasi TVET negara.
Lawatan Pentauliahan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC)

Lawatan Pentauliahan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC)

4 Disember 2025 |Lawatan Pentauliahan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) bagi kursus berasaskan COPTPA fasa 3 Program Sijil Teknologi CADD Senibina SCCS03 dan Program Diploma Teknologi CADD SENIBINA DCCS34 di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program Mini Job Fair 2025 & Jualan Rahmah Madani

Program Mini Job Fair 2025 & Jualan Rahmah Madani

27 November 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan program “Mini Job Fair 2025” dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan industri bertempat di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Program yang berlangsung bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari tadi telah dihadiri oleh wakil-wakil syarikat, pencari kerja, serta warga komuniti setempat. Antara agensi yang turut serta termasuklah PERKESO dan CUEPACS. Penganjuran ini bertujuan menyediakan platform perkhidmatan sokongan kerjaya dan peluang latihan industri kepada agensi serta komuniti setempat khususnya golongan pencari kerja. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antara institusi TVET, industri, dan komuniti setempat dalam menjana ekonomi serta pembangunan modal insan.
Ceramah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Latihan Kebakaran

Ceramah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Latihan Kebakaran

4 & 5 November 2025 | Ahli JKKP ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP). Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan daripada pegawai SHO ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Latihan Kebakaran (Fire drill) dan Pengusian Bangunan serta Taklimat Keselamatan Kebakaran oleh pasukan Bomba daripada Balai Bomba Banting. Objektif program ini adalah untuk memberikan kefahaman & kesedaran berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi jika berlakunya kebakaran. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini demi meningkatkan keselamatan & kesejahteraan kepada pegawai dan juga pelajar.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial