
Tentang
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Selangor pada asalnya dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat. Pembinaan kampus ini bermula pada 4 Februari 2003 dan siap sepenuhnya pada 11 Ogos 2004 di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Lokasinya terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Banting, menghala ke Kampung Jugra dan Pengkalan TUDM. Selaras dengan aspirasi memperkukuh latihan kemahiran berteraskan teknologi tinggi, institusi ini telah melalui proses penjenamaan semula dan dikenali sebagai ADTEC JTM Kampus Kuala Langat bermula pada 23 Jun 2025.
Visi, Misi dan Objektif Kami
Visi
Untuk menjadi organisasi peneraju dalam membangun tenaga kerja yang berdaya saing
Misi
Untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing
Objektif
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang tertumpu terhadap kemahiran dan teknologi industri terkini melalui objektif tersebut :-
- Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara
- Meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan negara
- Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.
Piagam Pelanggan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) adalah:
- Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
- Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
- Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula;
- Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; dan
- Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak