Sesi Kick-Off Pengurusan ADTEC JTM Kuala Langat Bersama Penyedia Perkhidmatan Makanan Bermasak Islam (Dewan Makan)
9 Februari 2026 |Sesi Kick-Off Barisan Pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat bersama Syarikat Perkhidmatan Penyediaan Makanan Bermasak Islam (Dewan Makan) yang telah berjaya dan akan memulakan perkhidmatan bermula pada 1 Februari 2026 hingga 31 Januari 2028.
Sesi ini bertujuan menyelaras hala tuju, skop perkhidmatan serta komitmen bersama dalam memastikan penyediaan perkhidmatan dewan makan yang berkualiti, selamat dan memenuhi keperluan pelajar selari dengan aspirasi TVET negara.