Accessibility Tools

Hari Rabu Tanpa Kenderaan

Hari Rabu Tanpa Kenderaan

11 Feb 2026 | Siapa kata hari bekerja tak boleh sihat? Pagi ini, warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah membuktikan bahawa kita boleh kekal aktif walaupun dalam kesibukan tugas! Hari ini bukan sekadar kempen "Hari Rabu Tanpa Kenderaan", tetapi kita meriahkan lagi dengan aktiviti Briskwalk bersama-sama. Selain dapat menghirup udara segar dan mengurangkan jejak karbon di kampus, aktiviti ini juga menjadi medan terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan pelajar. Kenapa Briskwalk? ✅ Jantung lebih sihat, minda lebih cerdas. ✅ Kurangkan stres sebelum mula tugasan. ✅ Sokong kelestarian alam sekitar (Green Campus!). Terima kasih kepada semua yang menyertai dengan penuh semangat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan modal insan yang cergas, produktif, serta menyokong agenda kelestarian negara. Jom kita jadikan budaya hidup sihat ini sebagai rutin mingguan!

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial