Program Mini Job Fair 2025 & Jualan Rahmah Madani
27 November 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan program “Mini Job Fair 2025” dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan industri bertempat di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program yang berlangsung bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari tadi telah dihadiri oleh wakil-wakil syarikat, pencari kerja, serta warga komuniti setempat. Antara agensi yang turut serta termasuklah PERKESO dan CUEPACS.
Penganjuran ini bertujuan menyediakan platform perkhidmatan sokongan kerjaya dan peluang latihan industri kepada agensi serta komuniti setempat khususnya golongan pencari kerja. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antara institusi TVET, industri, dan komuniti setempat dalam menjana ekonomi serta pembangunan modal insan.