27 September 2025 | Seramai 250 pelajar sekolah menengah Daerah Kuala Langat telah menghadiri Bengkel Skor A+ Sains Komputer SPM bertempat di Dewan Lavender, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Dalam bengkel tersebut, wakil dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat iaitu Pn Emilia binti Omar dan Pn Maisarah binti Mansor Sanusi telah dijemput memberikan taklimat pengenalan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan taklimat Keselamatan Siber – Media Sosial, Lindungi Akaun, Lindungi Diri.
Taklimat yang disampaikan menekankan peluang-peluang latihan kemahiran di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat selepas mereka menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, aspek keselamatan siber turut ditekankan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar terhadap pelbagai ancaman siber seperti buli siber, penipuan dalam talian, phishing serta pencurian data peribadi.
Adalah diharapkan dengan ruang yang diberikan ini dapat memberikan motivasi dan kesedaran yang tinggi agar pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang yang diceburi serta membentuk disiplin diri yang positif.
Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat kerana telah memberikan ruang kepada pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat di atas perkongsian ini.
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41

26 September 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, diwakili oleh En Amirul Syafiq dan Pn Fairusniza, telah membuka reruai di Hari Informasi Pendidikan & Kerjaya SMK Raja Mahadi, Klang. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Raja Mahadi ini memberi peluang luas kepada pelajar, terutamanya Tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM untuk mendapatkan maklumat tepat tentang pendidikan TVET dan peluang latihan yang disediakan oleh kerajaan khususnya.
Penganjuran pameran ini bukan sahaja membantu pelajar membuat pilihan yang lebih bijak dalam laluan pendidikan dan kerjaya, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bidang kemahiran TVET pada masa kini.
Adalah diharapkan melalui program ini dapat menarik lebih ramai pelajar yang berpotensi menceburi bidang kemahiran TVET sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya.

25 September 2025 | Panitia Bahasa Tamil Daerah Kuala Langat telah menjemput Pn Emilia binti Omar dan Pn Rashidatul Rashidah binti Abdul Rashid untuk memberikan taklimat berkaitan kemasukan dan promosi kursus jangka pendek kepada 150 pelajar tingkatan 5 dari seluruh sekolah menengah Daerah Kuala Langat.
Peluang ini digunakan dengan sebaiknya dalam mempromosikan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat khususnya dan ILJTM amnya. Adalah diharapkan dengan taklimat yang diberikan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menceburi bidang latihan TVET.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat atas sokongan dan kerjasama padu sepanjang program ini dijalankan. Semoga hubungan yang terjalin terus kukuh demi pembangunan pendidikan yang lebih cemerlang.

23 September 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat diwakili oleh En Hilmi dan Pn Fairusniza telah dijemput membuka reruai sempena Hari Kerjaya SMK USJ 1. Program ini bertujuan membantu para pelajar meneroka dan mengenal pasti pilihan pendidikan serta kerjaya yang sesuai untuk masa depan mereka.
Penglibatan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dalam program ini memberi nilai tambah yang besar terutamanya dalam menyebarluas program dan kelebihan menyambung latihan kemahiran di isntitusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia khususnya.
Adalah diharapkan Program Hari Kerjaya ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk menceburi bidang kemahiran yang sangat diperlukan untuk pasaran kerja pada masa kini.

7 Ogos 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengan diwakili oleh En Hilmi dan Pn Fairusniza telah mengadakan promosi latihan kemahiran dan pemilihan kerjaya di Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES) 4.0 bertempat di ADTEC JTM Kampus Shah Alam. Program ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan ADTEC JTM Kampus Shah Alam.
Melalui program ini, peluang pendidikan dan kerjaya serta insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan berkaitan TVET dapat disalurkan kepada semua pelajar sekolah menengah dan orang awam.
Adalah diharapkan melalui program ini dapat menarik lebih ramai belia yang berpotensi menceburi bidang kemahiran TVET sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya.