Hari Terbuka Putrajaya 2026
29 Januari - 1 Februari 2026 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah terlibat dalam pameran sebagai pempamer sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026.
Program yang berlangsung sepanjang hari bermula jam 8.00 pagi telah dihadiri oleh wakil kampus iaitu Puan Norhaslinda binti Ahmad dan Puan Suerianni binti Mohd Salleh.
Penyertaan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang awam mengenai program-program TVET yang ditawarkan serta mempromosikan kemudahan latihan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat khususnya kepada pengunjung di Dataran Putrajaya dan Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Semoga penglibatan ini memberi manfaat dalam menyebarluaskan maklumat pendidikan kemahiran dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan agenda kemahiran negara.