
Pameran Sempena Hari Informasi Pendidikan & Kerjaya SMK Raja Mahadi 2025
26 September 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, diwakili oleh En Amirul Syafiq dan Pn Fairusniza, telah membuka reruai di Hari Informasi Pendidikan & Kerjaya SMK Raja Mahadi, Klang. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Raja Mahadi ini memberi peluang luas kepada pelajar, terutamanya Tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM untuk mendapatkan maklumat tepat tentang pendidikan TVET dan peluang latihan yang disediakan oleh kerajaan khususnya.
Penganjuran pameran ini bukan sahaja membantu pelajar membuat pilihan yang lebih bijak dalam laluan pendidikan dan kerjaya, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bidang kemahiran TVET pada masa kini.
Adalah diharapkan melalui program ini dapat menarik lebih ramai pelajar yang berpotensi menceburi bidang kemahiran TVET sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya.