Accessibility Tools

Bengkel Tangkas Skor A+ Mata Pelajaran Sains Komputer SPM Daerah Kuala Langat 2025

Bengkel Tangkas Skor A+ Mata Pelajaran Sains Komputer SPM Daerah Kuala Langat 2025

27 September 2025 | Seramai 250 pelajar sekolah menengah Daerah Kuala Langat telah menghadiri Bengkel Skor A+ Sains Komputer SPM bertempat di Dewan Lavender, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Dalam bengkel tersebut, wakil dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat iaitu Pn Emilia binti Omar dan Pn Maisarah binti Mansor Sanusi telah dijemput memberikan taklimat pengenalan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan taklimat Keselamatan Siber – Media Sosial, Lindungi Akaun, Lindungi Diri. Taklimat yang disampaikan menekankan peluang-peluang latihan kemahiran di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat selepas mereka menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, aspek keselamatan siber turut ditekankan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar terhadap pelbagai ancaman siber seperti buli siber, penipuan dalam talian, phishing serta pencurian data peribadi. Adalah diharapkan dengan ruang yang diberikan ini dapat memberikan motivasi dan kesedaran yang tinggi agar pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang yang diceburi serta membentuk disiplin diri yang positif. Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat kerana telah memberikan ruang kepada pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat di atas perkongsian ini.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial