16 Jun 2025 | ILP Kuala Langat dengan diwakili oleh En Hilmi dan Pn Fairusniza telah mengadakan promosi latihan kemahiran dan pemilihan kerjaya di Reruai TVET Dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 bertempat di IKBN Kuala Langat.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal serta menyebarluaskan maklumat berkaitan peluang latihan dan kerjaya berasaskan TVET kepada semua pelatih PLKN.
Adalah diharapkan melalui program ini dapat menarik lebih ramai belia yang berpotensi menceburi bidang kemahiran TVET sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya.

10 Jun 2025 | Lawatan Industri ke AceTeam Networks Sdn. Bhd. dan OrenG Academy
ILP Kuala Langat yang diketuai oleh Pengarah, Ts. Dr. Muhammad telah mengadakan lawatan industri ke syarikat AceTeam Networks Sdn. Bhd. dan OrenG Academy dalam usaha memperkasakan latihan kemahiran dalam bidang keselamatan siber.
Tujuan utama lawatan adalah mendapatkan input daripada pihak industri melalui perkongsian pengalaman dan kemahiran teknikal seperti integrasi Artificial Intelligence (AI) dalam bidang keselamatan siber. Pihak industri turut berkongsi berkenaan dengan prospek kerjaya dan keperluan pakar dalam bidang memandangkan ancaman keselamatan siber dalam negara yang semakin meningkat.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada AceTeam Networks Sdn. Bhd. dan OrenG Academy di atas kesudian menerima kunjungan pihak ILP Kuala Langat. Diharapkan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat diteruskan ke arah melahirkan lebih ramai pakar keselamatan siber negara.

3 Jun 2025 | Majlis Peluncuran Program Pembangunan Keupayaan Profesional Keselamatan Siber (CCISO)
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat berbesar hati kerana berpeluang menghadiri Majlis Peluncuran Program Pembangunan Keupayaan Profesional Keselamatan Siber – Certified Chief Information Security Officer (CCISO) yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.
Majlis ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam memperkasakan keselamatan siber negara melalui pembangunan tenaga kerja profesional yang berkemahiran tinggi.
Wakil ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang turut hadir dalam majlis ini ialah:
• Ts. Dr. Muhammad bin Yusof (Pengarah)
• En. Loh Hong Wai
• Pn. Maisarah binti Mansor Sanusi
• Pn. Nurulafiza binti Ramli
Semoga penglibatan ini dapat memperluas jaringan kerjasama dan memperkukuh peranan institut dalam mendukung agenda keselamatan siber negara.

22-23 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah menghantar 4 pegawai bagi mengikuti Training Of Trainer (TOT) Community Empowerment AADK Daerah Kuala Langat bertempat di Balairaya MPKK Kampung Permatang Pasir, Banting, Selangor.
Program yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan memberikan pendedahan bagi mencapai misi dan visi kerajaan ke arah masyarakat bebas dadah.
Adalah diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberikan kesedaran kepada komuniti dalam membasmi gejala dadah yang semakin membimbangkan.