
Kursus Penghasilan Presentation Board dan Cinematic Video Menggunakan Perisian Lumion
13 - 15 Mei 2025 | Kursus yang dijalankan di Bahagian Teknologi CADD Senibina, ADTEC JTM kampus Kuala Langat, telah dihadiri oleh seramai 10 orang pengajar dari kampus Kuala Langat . Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang teknik penghasilan presentation board dan cinematic video menggunakan perisian Lumion. Selain itu ia Juga bertujuan untuk melatih peserta menghasilkan grafik bergerak, lighting, environmental control, effect untuk video profesional. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan presentation board dan cinematic video yang menarik.