
Pempamer di Reruai TVET dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0
16 Jun 2025 | ILP Kuala Langat dengan diwakili oleh En Hilmi dan Pn Fairusniza telah mengadakan promosi latihan kemahiran dan pemilihan kerjaya di Reruai TVET Dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 bertempat di IKBN Kuala Langat.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal serta menyebarluaskan maklumat berkaitan peluang latihan dan kerjaya berasaskan TVET kepada semua pelatih PLKN.
Adalah diharapkan melalui program ini dapat menarik lebih ramai belia yang berpotensi menceburi bidang kemahiran TVET sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya.