7 Februari 2026 | Hari ini dewan ADTEC JTM Kuala Langat meriah dengan aksi padu pemain-pemain dart dari pelbagai pasukan! Setiap balingan penuh fokus, setiap game penuh debaran.
Terima kasih kepada semua peserta, penganjur dan penyokong yang memeriahkan kejohanan ini. Semoga pertandingan berjalan lancar dan semangat kesukanan terus dikekalkan. Good luck semua pemain!
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
7 Ogos 2025 | Satu sesi perbincangan telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang diwakili oleh Puan Sarala dan Puan Rashidatul Rashidah bersama wakil dari S.K. Sri Langat iaitu Puan Amirah dan Encik Mohd Yusnaidi.
Perbincangan ini tertumpu kepada kerjasama bagi pelaksanaan aktiviti CSR oleh pihak institut untuk memberikan khidmat kepakaran dan peralatan bagi bersama-sama menjayakan program Live Podcast, Pendidikan Digital : Transformasi Pendidikan Abad Ke-21 anjuran S.K. Sri Langat.
Live podcast tersebut dirancang untuk diadakan di studio bahagian Tek. Perisian (Multimedia Interaktif), ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan akan melibatkan para pelajar dan pengajar daripada bahagian tersebut sebagai sebahagian daripada pendedahan sebenar kepada pembelajaran yang dilaksanakan.
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat sentiasa komited dan aktif dalam penglibatan program CSR seperti ini bagi mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan komuniti. Pogram CSR ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama di antara kedua-dua pihak di masa hadapan.
28 June 2025 | Family Day KESKIL 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 28 June 2025. Program dimulakan pada sebelah petang dengan sesi pendaftaran peserta di lobi resort. Suasana begitu ceria apabila para peserta mula berkumpul sambil mengenakan pakaian santai.
Sejurus selesai pendaftaran, acara diteruskan dengan telematch yang melibatkan kanak-kanak dan juga dewasa. Pelbagai permainan menarik menceriakan suasana. Gelak tawa peserta dan sorakan penonton memeriahkan lagi suasana petang.
Pada waktu malam, diadakan Majlis Makan Malam Bertema “Hawaii”. Semua tetamu tampil berwarna-warni dengan pakaian bercorak bunga dan topi jerami. Dewan dihias cantik dengan tema tropika, menambah seri majlis.
Selepas makan malam, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang telematch serta hadiah hari lahir untuk ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran. Semua yang menerima hadiah kelihatan begitu gembira.
Majlis diakhiri dengan ucapan perpisahan daripada Pengarah yang turut menyatakan rasa terima kasih kepada semua warga KESKIL atas kerjasama dan komitmen selama ini. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua dan berharap hubungan silaturrahim akan terus kukuh walau di mana berada.
Family Day kali ini bukan sahaja menjadi medan berhibur, malah mengeratkan lagi hubungan sesama warga KESKIL. Ramai pulang dengan kenangan manis yang pastinya akan dikenang.
15 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Semarak Hari Belia Negara Daerah Kuala Langat & Himpunan TVET Parlimen Negeri Selangor Tahun 2025 anjuran bersama dengan Pejabat Belia Daerah Kuala Langat dan Majlis Belia Daerah Kuala Langat. Seramai 500 orang peserta dikalangan pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA dan belia menyertai acara sambutan dan melafazkan ikrar secara serentak sebagai menyatakan komitmen dan kesungguhan menjayakan aspirasi negara Belia Boleh. Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk pertandingan eSport, ceramah daripada Akademi Kenegaraan Malaysia, pameran TVET daripada pelbagai institusi latihan kemahiran awam dan swasta, jualan rahmah dan lain-lain lagi. Program Semarak Hari Belia Negara ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri.