
Perbincangan Kerjasama Program CSR Bersama S.K. Sri Langat
7 Ogos 2025 | Satu sesi perbincangan telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang diwakili oleh Puan Sarala dan Puan Rashidatul Rashidah bersama wakil dari S.K. Sri Langat iaitu Puan Amirah dan Encik Mohd Yusnaidi.
Perbincangan ini tertumpu kepada kerjasama bagi pelaksanaan aktiviti CSR oleh pihak institut untuk memberikan khidmat kepakaran dan peralatan bagi bersama-sama menjayakan program Live Podcast, Pendidikan Digital : Transformasi Pendidikan Abad Ke-21 anjuran S.K. Sri Langat.
Live podcast tersebut dirancang untuk diadakan di studio bahagian Tek. Perisian (Multimedia Interaktif), ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan akan melibatkan para pelajar dan pengajar daripada bahagian tersebut sebagai sebahagian daripada pendedahan sebenar kepada pembelajaran yang dilaksanakan.
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat sentiasa komited dan aktif dalam penglibatan program CSR seperti ini bagi mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan komuniti. Pogram CSR ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama di antara kedua-dua pihak di masa hadapan.