Accessibility Tools

 Family Day KESKIL 2025 di Glory Beach Resort, Port Dickson

Family Day KESKIL 2025 di Glory Beach Resort, Port Dickson

28 June 2025 | Family Day KESKIL 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 28 June 2025. Program dimulakan pada sebelah petang dengan sesi pendaftaran peserta di lobi resort. Suasana begitu ceria apabila para peserta mula berkumpul sambil mengenakan pakaian santai. Sejurus selesai pendaftaran, acara diteruskan dengan telematch yang melibatkan kanak-kanak dan juga dewasa. Pelbagai permainan menarik menceriakan suasana. Gelak tawa peserta dan sorakan penonton memeriahkan lagi suasana petang. Pada waktu malam, diadakan Majlis Makan Malam Bertema “Hawaii”. Semua tetamu tampil berwarna-warni dengan pakaian bercorak bunga dan topi jerami. Dewan dihias cantik dengan tema tropika, menambah seri majlis. Selepas makan malam, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang telematch serta hadiah hari lahir untuk ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran. Semua yang menerima hadiah kelihatan begitu gembira. Majlis diakhiri dengan ucapan perpisahan daripada Pengarah yang turut menyatakan rasa terima kasih kepada semua warga KESKIL atas kerjasama dan komitmen selama ini. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua dan berharap hubungan silaturrahim akan terus kukuh walau di mana berada. Family Day kali ini bukan sahaja menjadi medan berhibur, malah mengeratkan lagi hubungan sesama warga KESKIL. Ramai pulang dengan kenangan manis yang pastinya akan dikenang.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial