Accessibility Tools

Aktiviti Mingguan “Jom Brisk Walk”

Aktiviti Mingguan “Jom Brisk Walk”

4 Februari 2026 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan aktiviti mingguan “Jom Brisk Walk” yang telah dihadiri oleh seluruh warga kampus yang terdiri daripada para kakitangan dan pelajar. Aktiviti mingguan yang dijalankan setiap hari Rabu ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha menyahut program ESG (Environmental, Social, and Governance) di peringkat jabatan. Selain memupuk gaya hidup sihat, aktiviti ini bertujuan memperkukuh aspek kesejahteraan sosial dan kelestarian warga kerja serta pelajar melalui pengamalan rutin riadah yang konsisten. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan modal insan yang cergas, produktif, serta menyokong agenda kelestarian negara.
Lawatan ke pesta buku antarabangsa Selangor 2025

Lawatan ke pesta buku antarabangsa Selangor 2025

2 - 4 Disember 2025 |Bahagian Pusat SUmber & MUltimedia (BPSM) kampus Kuala Langat telah menganjurkan lawatan ke pesta buku antarabangsa Selangor bertempat di Setia City Convention Center Shah Alam. Program Kali ini melibatkan seramai 51 orang pelajar dan 10 orang kakitangan termasuk pengajar semasa berlangsungnya pesta buku tersebut. Pelbagai aktiviti menarik seperti program bersama penulis dan penerbit buku yg membicarakan perkongsian pengalaman serta penyampaian maklumat dalam menghasilkn bahan ilmiah. Turut serta dalam pesta buku ini adalah syarikat buku antarabangsa seperti dari India dan China. Pesta buku Kali ini telah menawarkan pelbagai potongan diskaun yg menarik utk para pengunjung mendpatkan bahan bacaan yg bekualiti dgn harga berpatutan. Begitu juga diadakan aktiviti semasa yg menarik kpd para pengunjung terutama kpd pelajar sekolah dan pelajar ipta. Para warga adtec Kuala Langat telah mengambil peluang ini utk mendapatkan bahan2 bacaan ilmiah yg bekualiti di samping dapat mengenali pelbagai penerbit2 buku2 tempatan dan luar negara.
Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pelajar

Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pelajar

4 Disember 2025 | Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pelajar bersama Warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan satu sesi penyerahan sumbangan kebajikan kepada pelajar, saudari Nur Najwin Najihah binti Nashahrudin yang mengalami kerosakan kenderaan akibat bencana alam. Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh En. Loh Hong Wai, Timbalan Pengarah (Latihan) ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Inisiatif ini telah melibatkan penyertaan daripada warga kampus ADTEC JTM Kampus Kuala Langat menerusi kutipan sumbangan ikhlas yang dijalankan. Penyerahan sumbangan ini diadakan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar tersebut serta menzahirkan rasa prihatin dan tanggungjawab warga kerja dan pelajar terhadap kebajikan sesama warga institusi. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar tersebut dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan nilai kebersamaan dan kasih sayang di kalangan warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program Brisk Walk ADTEC JTM Kampus Kuala Langat

Program Brisk Walk ADTEC JTM Kampus Kuala Langat

3 Disember 2025 | Program Brisk Walk merupakan aktiviti rasmi kampus yang dijalankan setiap hari Rabu, anjuran Jawatankuasa Sosial ESG. Program yang berlangsung pada sebelah pagi tadi telah diketuai dan disertai oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan barisan kakitangan dan para pelajar. Aktiviti ini diadakan bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, dan para pelajar. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada persekitaran warga kerja dan pelajar yang cergas, ceria, dan produktif.
Majlis Pelancaran Program Hari Rabu Tanpa Kenderaan Di Kampus ADTEC JTM

Majlis Pelancaran Program Hari Rabu Tanpa Kenderaan Di Kampus ADTEC JTM

26 November 2025 |Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Tenaga Manusia Bagi Bulan Disember 2025 & Majlis Pelancaran Program Hari Rabu Tanpa Kenderaan Di Kampus ADTEC JTM Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah mengambil satu langkah proaktif ke arah kelestarian alam sekitar dengan melancarkan inisiatif Hari Rabu Tanpa Kenderaan di Kampus ADTEC JTM. Majlis ini telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, serentak dengan Perhimpunan Bulanan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi bulan Disember 2025. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JTM, Datuk Rospiagos bin Taha, dan turut dihadiri oleh Pengarah dan wakil Pengarah ADTEC JTM Wilayah Tengah serta Ketua-ketua PPESG ADTEC JTM. Program ini dimulakan dengan aktiviti briskwalk di sekitar kampus dan aktiviti penanaman pokok sebagai komitmen terhadap usaha penghijauan. Program diteruskan dengan ucapan amanat oleh Ketua Pengarah JTM dan seterusnya merasmikan Pelancaran Hari Rabu Tanpa Kenderaan di Kampus ADTEC JTM. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan warga JTM mengamalkan gaya hidup sihat, mengurangkan pelepasan karbon, serta menyokong agenda ESG negara. Tetamu turut berpeluang melawat Pameran ESG yang mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti pelajar-pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dalam menjayakan inisiatif kelestarian JTM. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini! Bersama-sama, kita jadikan JTM sebuah organisasi yang lestari dan bertanggungjawab.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial