Majlis Pelancaran Program Hari Rabu Tanpa Kenderaan Di Kampus ADTEC JTM
26 November 2025 |Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Tenaga Manusia Bagi Bulan Disember 2025 & Majlis Pelancaran Program Hari Rabu Tanpa Kenderaan Di Kampus ADTEC JTM
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah mengambil satu langkah proaktif ke arah kelestarian alam sekitar dengan melancarkan inisiatif Hari Rabu Tanpa Kenderaan di Kampus ADTEC JTM. Majlis ini telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, serentak dengan Perhimpunan Bulanan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi bulan Disember 2025.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JTM, Datuk Rospiagos bin Taha, dan turut dihadiri oleh Pengarah dan wakil Pengarah ADTEC JTM Wilayah Tengah serta Ketua-ketua PPESG ADTEC JTM.
Program ini dimulakan dengan aktiviti briskwalk di sekitar kampus dan aktiviti penanaman pokok sebagai komitmen terhadap usaha penghijauan. Program diteruskan dengan ucapan amanat oleh Ketua Pengarah JTM dan seterusnya merasmikan Pelancaran Hari Rabu Tanpa Kenderaan di Kampus ADTEC JTM. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan warga JTM mengamalkan gaya hidup sihat, mengurangkan pelepasan karbon, serta menyokong agenda ESG negara.
Tetamu turut berpeluang melawat Pameran ESG yang mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti pelajar-pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dalam menjayakan inisiatif kelestarian JTM.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini! Bersama-sama, kita jadikan JTM sebuah organisasi yang lestari dan bertanggungjawab.