Accessibility Tools

Majlis Apresiasi Sesi 2/2025

Majlis Apresiasi Sesi 2/2025

9 OKTOBER 2025 | Majlis Apresiasi Sesi 2/2025 yang telah berlangsung di Hotel KSL Esplanade, Klang khas dianjurkan bagi meraikan pelajar-pelajar semester akhir yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi. Majlis yang diadakan secara dwitahunan ini bertujuan mengiktiraf usaha gigih dan pencapaian cemerlang pelajar semester akhir yang telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang perjalanan pengajian mereka di kampus ini. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah iaitu, Ts. Yuslan Bin Yasok. Dalam ucapannya Tuan Pengarah menyeru pelajar agar terus bersemangat dan menggunakan segala ilmu serta pengalaman yang diperoleh untuk menghadapi cabaran di luar kampus terutamanya semasa menjalani latihan industri. Tuan Pengarah turut menekankan pentingnya sikap positif dan usaha berterusan dalam mengejar kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi sepanjang tempoh latihan. Diharapkan dengan anugerah yang diberikan ini dapat memberikan dorongan dan semangat kepada semua pelajar semester akhir lain untuk terus maju dan berjaya. Majlis Apresiasi ini menjadi platform penting bukan sahaja untuk meraikan kejayaan, tetapi juga untuk memupuk semangat berpasukan, motivasi dan azam yang lebih tinggi bagi menghadapi cabaran pada masa depan.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial