Accessibility Tools

Program Khidmat Masyarakat Gotong-royong MADANI Sekolah Kebangsaan Jugra

Program Khidmat Masyarakat Gotong-royong MADANI Sekolah Kebangsaan Jugra

9 Ogos 2025 | Telah berlangsungnya Program Khidmat Masyarakat (CSR) Gotong Royong MADANI di Sekolah Kebangsaan Jugra pada 9 Ogos 2025 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini melibatkan penyertaan daripada unit CESS iaitu Pn. Rashidatul Rashidah dan En. Amirul Syafiq bersama 10 orang pelajar dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah, mengecat semula dewan, serta menghias semula ruang dalaman bagi mewujudkan suasana yang lebih ceria dan kondusif untuk warga sekolah. Penganjuran program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah, malah turut mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara pihak institut dengan komuniti setempat. Semoga usaha murni ini dapat menyemarakkan semangat gotong-royong dan memupuk nilai prihatin dalam kalangan peserta.
Program CSR Wira Kesuma 2024

Program CSR Wira Kesuma 2024

๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—–๐—ฆ๐—ฅ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ "๐— ๐˜‚๐—น๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—–๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐˜†" Program bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di Sungai Buaya telah berjaya diadakan pada hari Sabtu lepas.Terima kasih yang kepada semua warga ILPKLS yg turut menyumbang dalam menjayakan program ini khususnya kpd semua pengajar bengkel TPM yg memberi sokongan dan pelajar Semester 4 TPM serta semua yg terlibat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada sepanjang program tersebut berlangsung, antaranya melukis mural, gotong-royong dan sukaneka bersama anak-anak Rumah anak yatim/miskin penyayang Sungai Buaya. Segala hasil sumbangan telah disampaikan semasa program tersebut dijalankan.
Program CSR WIRA KESUMA

Program CSR WIRA KESUMA

20 Februari 2024 || Program CSR WIRA KESUMA Pihak ILP Kuala Langat telah melaksanakan aktiviti gotong royong sempena Program CSR WIRA KESUMA 2024 di Masjid Sultan Abdul Samad, Kampung Seri Jugra, Banting, Selangor. Program CSR ini melibatkan penyertaan seramai 4 orang pengajar dan juga 43 orang pelajar. Aktiviti gotong royong yang dijalankan adalah berfokus kepada pembersihan di ruang dalam masjid dan juga persekitaran luar masjid. Wakil pengajar juga turut membincangkan berkenaan anjuran bersama pelbagai aktiviti lagi bersama pihak JK Masjid di masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Sultan Abdul Samad di atas kesudian menyambut baik program CSR yang dicadangkan oleh pihak institut. Semoga ukhwah yang terjalin di antara pihak ILP Kuala Langat dengan JK Masjid akan terus utuh.
CSR Misi Bantuan Banjir

CSR Misi Bantuan Banjir

Pada 9 & 10 Mac 2023 ILP Kuala Langat telah menjayakan Misi Bantuan Banjir di Johor dengan membuat sumbangan barangan keperluan ke PPS SK Agama Seri Medan, Batu Pahat, PPS Parit Hj Ahmad, Seri Medan dan Rumah Ketua Kampung Seri Medan (bantuan kepada 36 keluarga yang tidak dapat keluar ke PPS).
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Medan, Batu Pahat khususnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil ILP Kuala Langat iaitu En Kamarulmizan dan Pn Ruzlina Painan yang telah menjayakan misi bantuan banjir pada kali ini.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langatย 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
ย 
ย Telefon : 03 -ย 3120 4600
ย Faksimili : 03 -ย 3120ย 4440
ย Email : info.ilpkls@jtm.gov.myย 

ย 

ย 

Media Sosial