
Program Khidmat Masyarakat Gotong-royong MADANI Sekolah Kebangsaan Jugra
9 Ogos 2025 | Telah berlangsungnya Program Khidmat Masyarakat (CSR) Gotong Royong MADANI di Sekolah Kebangsaan Jugra pada 9 Ogos 2025 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini melibatkan penyertaan daripada unit CESS iaitu Pn. Rashidatul Rashidah dan En. Amirul Syafiq bersama 10 orang pelajar dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah, mengecat semula dewan, serta menghias semula ruang dalaman bagi mewujudkan suasana yang lebih ceria dan kondusif untuk warga sekolah.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah, malah turut mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara pihak institut dengan komuniti setempat. Semoga usaha murni ini dapat menyemarakkan semangat gotong-royong dan memupuk nilai prihatin dalam kalangan peserta.