
Program CSR ADTEC JTM Kampus Kuala Langat bersama SK Sri Langat, Banting
19 Ogos 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah dijemput untuk menjayakan Program CSR bersama SK Sri Langat, Banting, melalui penganjuran Live Podcast bertajuk “Transformasi Pendidikan Digital ke arah Abad ke-21”.
Program yang berlangsung pada pagi tadi dianjurkan oleh En. Mohd Yusnaidi bin Mohd Riffin, Peserta NPQEL 2025 serta Pusat Sumber dan Media Aula Al-Ilmi SK Sri Langat.
Perkongsian ini diadakan bagi memberi pendedahan dan inspirasi kepada warga sekolah tentang kepentingan transformasi pendidikan digital dalam melahirkan generasi yang celik teknologi, seiring dengan keperluan abad ke-21.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi pendidikan antara institusi TVET dan sekolah.