Accessibility Tools

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Hadir ke “Youth Mobility Dialogue & Preview of the ASEAN Compendium Study”

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Hadir ke “Youth Mobility Dialogue & Preview of the ASEAN Compendium Study”

28 Julai 2025 | Dengan lebih 680 juta penduduk, ASEAN merupakan rantau yang kaya dengan potensi, dan lebih separuh daripada populasinya terdiri daripada golongan belia di bawah umur 35 tahun. Walaupun Komuniti Ekonomi ASEAN telah meletakkan asas bagi integrasi serantau dan mobiliti tenaga kerja, peluang rentas sempadan bagi pelajar dan graduan muda masih terhad serta belum dimaksimumkan sepenuhnya. Bagi menangani isu ini, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bersama Asia School of Business telah menganjurkan program “Youth Mobility Dialogue & Preview of the ASEAN Compendium Study” pada 28 Julai 2025 bertempat di Khazanah Auditorium, Asia School of Business, Kuala Lumpur Sesi ini merupakan sebahagian daripada kajian “ASEAN Cross-Border Talent Compendium & Mobility Facilitation” yang bertujuan untuk meneroka landskap semasa mobiliti belia di ASEAN serta mengenal pasti cabaran, jurang polisi, dan keperluan struktur yang mungkin menghalang pergerakan bakat muda serantau. Program ini turut menonjolkan cadangan strategik, senarai semak serantau untuk fasilitasi mobiliti, dan sesi dialog panel bertajuk “Breaking Barriers: Realising ASEAN’s Youth Mobility Vision.” ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah diwakili oleh Penolong Pengarah unit Community and Employment Support Service (CESS), Puan Rashidatul Rashidah, dan pegawainya, Encik Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah.
Taklimat Program Ilmu Bersama Bank Islam dan Pembukaan Akaun Bank Islam

Taklimat Program Ilmu Bersama Bank Islam dan Pembukaan Akaun Bank Islam

15 Julai 2025 |𝖯𝖾𝗀𝖺𝗐𝖺𝗂 𝖽𝖺𝗋𝗂 𝖡𝖺𝗇𝗄 𝖨𝗌𝗅𝖺𝗆 𝗂𝖺𝗂𝗍𝗎 𝖤𝗇 𝖥𝖺𝗄𝗁𝗋𝗎𝗅 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋𝗂𝗄𝖺𝗇 𝗍𝖺𝗄𝗅𝗂𝗆𝖺𝗍 𝖻𝖾𝗋𝗄𝖺𝗂𝗍𝖺𝗇 𝖺𝗇𝖼𝖺𝗆𝖺𝗇 𝗃𝖾𝗇𝖺𝗒𝖺𝗁 𝗌𝗂𝖻𝖾𝗋 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗃𝖺𝗋 ADTEC JTM Kampus 𝖪𝗎𝖺𝗅𝖺 𝖫𝖺𝗇𝗀𝖺𝗍. 𝖳𝖺𝗄𝗅𝗂𝗆𝖺𝗍 𝗂𝗇𝗂 𝖽𝗂𝖺𝗇𝗃𝗎𝗋𝗄𝖺𝗇 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗍𝗎𝗃𝗎𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋𝗂 𝗉𝖾𝗇𝖽𝖾𝖽𝖺𝗁𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗇𝗂𝗇𝗀𝗄𝖺𝗍𝗄𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗌𝖾𝖽𝖺𝗋𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗇𝗀𝖾𝗇𝖺𝗂 𝗆𝗈𝖽𝗎𝗌 𝗈𝗉𝖾𝗋𝖺𝗇𝖽𝗂 𝗌𝗂𝗇𝖽𝗂𝗄𝖾𝗍 𝗉𝖾𝗇𝗂𝗉𝗎𝖺𝗇 𝗌𝗂𝖻𝖾𝗋 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗌𝖾𝗆𝖺𝗄𝗂𝗇 𝖻𝖾𝗋𝗅𝖾𝗅𝗎𝖺𝗌𝖺. 𝖲𝖾𝗅𝖺𝗂𝗇 𝗂𝗍𝗎, 𝗉𝗂𝗁𝖺𝗄 𝖡𝖺𝗇𝗄 𝖨𝗌𝗅𝖺𝗆 𝗍𝗎𝗋𝗎𝗍 𝗆𝖾𝗆𝖻𝗎𝗄𝖺 𝗉𝖾𝗅𝗎𝖺𝗇𝗀 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗃𝖺𝗋 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗆𝖾𝗆𝖻𝗎𝗄𝖺 𝖺𝗄𝖺𝗎𝗇 𝖠𝗅-𝖠𝗐𝖿𝖺𝗋 𝖡𝖺𝗇𝗄 𝖨𝗌𝗅𝖺𝗆. 𝖯𝗂𝗁𝖺𝗄 ADTEC JTM Kampus 𝖪𝗎𝖺𝗅𝖺 𝖫𝖺𝗇𝗀𝖺𝗍 𝗆𝖾𝗇𝗀𝗎𝖼𝖺𝗉𝗄𝖺𝗇 𝗍𝖾𝗋𝗂𝗆𝖺 𝗄𝖺𝗌𝗂𝗁 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗉𝗂𝗁𝖺𝗄 𝖡𝖺𝗇𝗄 𝖨𝗌𝗅𝖺𝗆 𝖽𝗂 𝖺𝗍𝖺𝗌 𝗉𝖾𝗋𝗄𝗈𝗇𝗀𝗌𝗂𝖺𝗇 𝗂𝗇𝗂.
Seminar Teknologi AI-Powered Digital Transformation : Navigating The Future Of Technology dan Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama Antara ILP Kuala Langat Dengan Rakan Industri

Seminar Teknologi AI-Powered Digital Transformation : Navigating The Future Of Technology dan Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama Antara ILP Kuala Langat Dengan Rakan Industri

3 Julai 2025 || Berlangsung hari ini satu seminar teknologi bertajuk AI-Powered Digital Transformation : Navigating The Future Of Technology di Hotel KSL Esplanade, Klang. Seminar teknologi tersebut merupakan anjuran bersama di antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengan Tatacara Sdn. Bhd., HP Sdn. Bhd. L, Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., BigStar Optoelectronic Sdn. Bhd. dan Lenovo Technolgy Sdn. Bhd. Di samping itu, berlangsung juga sebuah Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama di antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengn rakan industri iaitu Tatacara Sdn. Bhd., ASK Pentest Sdn. Bhd., Gemas Lestari Sdn. Bhd. dan Asasi Runding Sdn. Bhd. Perasmian bagi Seminar Teknologi serta Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Seramai 190 orang peserta daripada pelbagai institusi pengajian serta agensi kerajaan dan swasta telah hadir ke program tersebut. Diharapkan perkongsian ilmu sepanjang Seminar Teknologi tersebut dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir. Semoga ikatan kerjasama yang terjalin di antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengan rakan-rakan industri yang telah sudi berkerjasama akan terus utuh dan bermanfaat buat semua pihak. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan program pada hari ini. Jumpa lagi di program lain pada masa akan datang.
Webinar: Augmented Reality (AR) Fundamentals with Unity for Beginners, Sempena National Training Week 2025

Webinar: Augmented Reality (AR) Fundamentals with Unity for Beginners, Sempena National Training Week 2025

12 Jun 2025 || Dikendalikan oleh Puan Sarala Kanthasamy, pengajar dari Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif, ADTEC JTM kampus Kuala Langat.
Webinar Architectural Video Presentation Using Lumion Sempena Hari TVET Negara 2025

Webinar Architectural Video Presentation Using Lumion Sempena Hari TVET Negara 2025

10 Jun 2025 | Berlangsung hari ini satu webinar khas sempena Hari TVET Negara 2025 bertajuk Architectural Video Presentation Using Lumion, hasil kolaborasi antara ILP Kuala Langat dan Institute of Modern Architecture and Technology (IMAT), Medan, Indonesia. Webinar yang dikendalikan oleh Encik Syamsul Nizam dan Encik Mohd Rais ini telah disertai oleh para pelajar dari ILP Kuala Langat dan IMAT. Sesi berlangsung selama 3 jam menerusi platform Google Meet, bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sepanjang sesi, para peserta didedahkan kepada teknik-teknik asas dan lanjutan dalam penggunaan perisian Lumion untuk menghasilkan pembentangan video seni bina yang menarik dan profesional. Perkongsian ini bukan sahaja membuka ruang kepada pertukaran ilmu antara dua institusi, tetapi turut memperkukuh hubungan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan TVET. Terima kasih kepada pihak IMAT, para pelajar yang menyertai, serta semua tenaga pengajar dan urus setia yang terlibat dalam menjayakan webinar ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan dan memberi manfaat besar kepada pelajar dalam mendepani cabaran dunia kerjaya. Jumpa lagi pada sesi webinar oleh pihak IMAT pada masa terdekat ini.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial