Accessibility Tools

Seminar Teknologi AI-Powered Digital Transformation : Navigating The Future Of Technology dan Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama Antara ILP Kuala Langat Dengan Rakan Industri

Seminar Teknologi AI-Powered Digital Transformation : Navigating The Future Of Technology dan Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama Antara ILP Kuala Langat Dengan Rakan Industri

3 Julai 2025 || Berlangsung hari ini satu seminar teknologi bertajuk AI-Powered Digital Transformation : Navigating The Future Of Technology di Hotel KSL Esplanade, Klang. Seminar teknologi tersebut merupakan anjuran bersama di antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengan Tatacara Sdn. Bhd., HP Sdn. Bhd. L, Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., BigStar Optoelectronic Sdn. Bhd. dan Lenovo Technolgy Sdn. Bhd. Di samping itu, berlangsung juga sebuah Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama di antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengn rakan industri iaitu Tatacara Sdn. Bhd., ASK Pentest Sdn. Bhd., Gemas Lestari Sdn. Bhd. dan Asasi Runding Sdn. Bhd. Perasmian bagi Seminar Teknologi serta Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Seramai 190 orang peserta daripada pelbagai institusi pengajian serta agensi kerajaan dan swasta telah hadir ke program tersebut. Diharapkan perkongsian ilmu sepanjang Seminar Teknologi tersebut dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir. Semoga ikatan kerjasama yang terjalin di antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dengan rakan-rakan industri yang telah sudi berkerjasama akan terus utuh dan bermanfaat buat semua pihak. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan program pada hari ini. Jumpa lagi di program lain pada masa akan datang.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial