
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Hadir ke “Youth Mobility Dialogue & Preview of the ASEAN Compendium Study”
28 Julai 2025 | Dengan lebih 680 juta penduduk, ASEAN merupakan rantau yang kaya dengan potensi, dan lebih separuh daripada populasinya terdiri daripada golongan belia di bawah umur 35 tahun. Walaupun Komuniti Ekonomi ASEAN telah meletakkan asas bagi integrasi serantau dan mobiliti tenaga kerja, peluang rentas sempadan bagi pelajar dan graduan muda masih terhad serta belum dimaksimumkan sepenuhnya.
Bagi menangani isu ini, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bersama Asia School of Business telah menganjurkan program “Youth Mobility Dialogue & Preview of the ASEAN Compendium Study” pada 28 Julai 2025 bertempat di Khazanah Auditorium, Asia School of Business, Kuala Lumpur
Sesi ini merupakan sebahagian daripada kajian “ASEAN Cross-Border Talent Compendium & Mobility Facilitation” yang bertujuan untuk meneroka landskap semasa mobiliti belia di ASEAN serta mengenal pasti cabaran, jurang polisi, dan keperluan struktur yang mungkin menghalang pergerakan bakat muda serantau.
Program ini turut menonjolkan cadangan strategik, senarai semak serantau untuk fasilitasi mobiliti, dan sesi dialog panel bertajuk “Breaking Barriers: Realising ASEAN’s Youth Mobility Vision.”
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah diwakili oleh Penolong Pengarah unit Community and Employment Support Service (CESS), Puan Rashidatul Rashidah, dan pegawainya, Encik Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah.