Pada 04 - 06 April 2023, Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat telah mengadakan kursus Cisco Certified Academy Instructor (CCAI) - CCNAv7 : Enterprise Networking, Security And Automation yang bertempat di Lab Cisco Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat. Objektif kursus ini adalah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengajar berkaitan modul CCNAv7. Terima kasih kepada Pensyarah Jemputan iaitu Ts. Wan Muhammad Hazwan Bin Ahmad Azamuddin dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut.
