Accessibility Tools

Program Taklimat Pertolongan Cemas bagi Kakitangan ILP Kuala Langat

Program Taklimat Pertolongan Cemas bagi Kakitangan ILP Kuala Langat

8 Nov 2024 | Program Taklimat Pertolongan Cemas bagi Kakitangan ILP Kuala Langat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menjemput Leftenan Muda (PA) Muhamad Ridhuan bin Rostong dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Langat untuk memberi Taklimat Pertolongan Cemas yang berlangsung selama 2 jam di Bilik Seminar 2 BPSM ILPKLS. Objektif taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan asas mengenai tindakan awal dalam situasi kecemasan. Taklimat ini juga bertujuan melatih peserta dengan kemahiran asas seperti CPR dan rawatan luka, di samping memberi keyakinan untuk bertindak cepat. Dengan taklimat ini, kita dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan responsif serta mempersiapkan bantuan awal sebelum rawatan profesional tiba.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial