
Ceramah Keagamaan bulan Ramadan dengan tajuk : Jiwa Al-Quran
3 April 2024 || Satu ceramah keagamaan bulan Ramadan dengan tajuk : Jiwa Al-Quran oleh Ustaz Mohd Najib Bin Khasim.
Ceramah diadakan di Dewan Lavender, ILPKLS yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Muslim yang bertujuan untuk meneroka aspek keagamaan dan spiritual Al-Quran semasa bulan suci Ramadan.
Ustaz Mohd Najib juga berkongsi tips dan strategi praktikal tentang bagaimana untuk mengaplikasikan pengajaran Al-Quran ke dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa Ramadan.