Pada 21 sehingga 22 Mac 2023, Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) telah mengadakan Kursus In house Asas Augmented Reality dan Virtual Reality menggunakan Unity dan dikendalikan oleh Puan Sarala Kanthasamy (Ketua Bahagian). Kursus ini disertai oleh 4 orang pengajar dan 3 orang pelajar projek tahun akhir. Kursus telah berjalan lancar dan semua peserta berjaya membangunkan projek mini AR.
