
Sesi Taklimat “Introduction to GIFT: Unlocking The Potential of Malaysian Technical Talent” bersama Khazanah Nasional Berhad (KNB)
21 Ogos 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menerima kunjungan daripada pihak Khazanah Nasional Berhad (KNB) dan Malaysian Technical Development Corporation (MTDC) bagi menjayakan sesi taklimat “Introduction to GIFT: Unlocking The Potential of Malaysian Technical Talent”. Taklimat yang disampaikan oleh En. Husin (KNB) dan dibantu oleh Pn. Ain (MTDC) telah dihadiri oleh 35 orang pelajar yang terpilih untuk menyertai program GIFT yang dijangka dilaksanakan pada bulan September akan datang.
Sesi taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai program GIFT (Global Initiative for Future Talent) yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi bakat teknikal di Malaysia, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran serta pendapatan di kalangan graduan TVET. Sesi ini diakhiri dengan pendaftaran para pelajar ke dalam program tersebut.
Semoga pelaksanaan program ini nanti memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya para pelajar dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan graduan TVET berkemahiran tinggi yang sedia bersaing di peringkat global.