Accessibility Tools

Program Kem SMART

Program Kem SMART

2 - 3 Ogos 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menghantar seramai 27 orang pelajar bagi menyertai Program Kem SMART bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat selama 2 hari 1 malam. Program ini merupakan anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Langat. Tujuan utama penganjuran Program Kem SMART ini adalah memberikan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta mempromosi gaya hidup tanpa dadah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi taklimat dan ceramah pencegahan dadah, aktiviti berkumpulan dan bina pasukan, latihan kepimpinan dan komunikasi serta aktiviti kerohanian dan motivasi. Adalah diharapkan program sebegini dapat di teruskan pada masa akan datang sebagai langkah proaktif mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Terima kasih diucapkan kepada AADK Kuala Langat.

Related Articles

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Aktiviti ko-kurikulum

Aktiviti ko-kurikulum

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial