Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Kuala Langat
12 Oktober 2024 | Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Kuala Langat
ILP Kuala Langat telah menyertai Hari Sukan Negara (HSN) 2024. Peringkat Daerah Kuala Langat bertempat di Politeknik Banting selangor. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat. Sambutan HSN telah ditetapkan pelaksanaannya setiap hari Sabtu Minggu Kedua pada bulan Oktober setiap tahun. Antara objektif pelaksanaan HSN ialah menggalakkan rakyat Malaysia terus mengamalkan aktiviti sukan dan kecergasan ke arah merealisasikan Visi Sukan Negara 2030 serta meningkatkan penyertaan dan penglibatan rakyat malaysia dalam aktiviti sukan.
HSN 2024 telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Langat, Tuan Muhammad Heeza bin Hassan. Program dimulakan dengan pelepasan larian, demonstrasi seni memperahankan diri serta lain-lain aktiviti dan pertandingan. Pada program ini, ILP Kuala Langat telah menghantar pasukan kabaddi dan telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.