Aktiviti Kerohanian Pelajar India
3 Oktober 2024 | Aktiviti Kerohanian Pelajar India
Majlis Belia Hindu Negeri Selangor telah melaksanakan CSR kepada semua pelajar India ILPKLS dengan menganjurkan aktiviti Kerohanian kepada mereka setiap minggu.
Adalah diharapkan dengan program sebegini dapat membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan pelajar disamping melahirkan belia yang berdaya saing serta berani menghadapi cabaran hidup.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Belia Hindu Negeri Selangor di atas sumbangan yang diberikan dan memilih ILP Kuala Langat sebagai salah satu institusi dalam penganjuran program CSR ini.