MEMUPUK SEMANGAT KEBERSAMAAN, MENGUKUHKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
MEMUPUK SEMANGAT KEBERSAMAAN, MENGUKUHKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
17-18 Oktober 2026 | Janda Baik, Pahang – Usaha memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan nilai perkhidmatan cemerlang diteruskan lagi menerusi Program Budaya Kerja Cemerlang Kakitangan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang bertempat di Lilla Hilltop Retreat, Janda Baik, Pahang pada 17 hingga 18 Oktober 2026.
Program selama dua hari satu malam ini dimulakan dengan pergerakan rombongan warga ADTEC Kuala Langat dari kampus ke destinasi pilihan yang tenang dan dikelilingi keindahan alam semula jadi.
Aktiviti & Momen Penting sepanjang Program:
Hari Pertama (17 Oktober 2026):
Perjalanan bermula seawal jam 9.00 pagi dan ketibaan disambut mesra di Lilla Hilltop Retreat.
Sesi 'Telematch' & Pendaftaran Bilik: Pelbagai aktiviti sukaneka di padang dijalankan bagi menguji semangat kerjasama, komunikasi, dan daya tahan sesama warga wira warga institut.
Malam Anugerah & Apresiasi: Kemuncak hari pertama dimeriahkan dengan Dinner Buffet bertemakan Royal Blue & Cream.
Suasana di Hall A diserikan dengan ucapan amanat daripada Tuan Pengarah, penyampaian anugerah, penyerahan hadiah, serta sesi pertukaran hadiah yang penuh dengan gelak tawa dan ukhuwah.
Hari Kedua (18 Oktober 2026):
Latihan 'Surviving Skills' & Penutupan: Selepas menikmati sarapan pagi, peserta mengikuti modul kemahiran ikhtiar hidup (surviving skills) di padang yang bertujuan membina kepimpinan serta ketahanan mental dan fizikal.
Program diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah Kumpulan dan Penutupan Rasmi sebelum para peserta menikmati makan tengah hari dan bertolak pulang ke Kampus Kuala Langat.
Semoga menerusi penganjuran program ini, semangat kerja berpasukan (teamwork) serta budaya kerja cemerlang dapat diterapkan secara berterusan demi memacu kecemerlangan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat ke tahap yang lebih tinggi.