Accessibility Tools

PERHIMPUNAN PELAJAR BULAN OKTOBER 2026

PERHIMPUNAN PELAJAR BULAN OKTOBER 2026

16 OKTOBER 2026 | PERHIMPUNAN PELAJAR BULAN OKTOBER 2026 Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Perhimpunan Pelajar Bulan Oktober 2026 bertempat di Dewan Besar. Perhimpunan kali ini dikendalikan oleh Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) dan turut diserikan dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti bersempena Pertandingan 3R. Program yang berlangsung pada pagi tadi dimulakan dengan sesi penjurian Pertandingan Inovasi Kreatif Barangan Terpakai yang menyaksikan penyertaan lapan kumpulan dari setiap bengkel. Setiap kumpulan mempamerkan hasil projek yang kreatif dan inovatif dengan memanfaatkan bahan terpakai, sekali gus mengetengahkan idea-idea baharu dalam menyokong amalan kelestarian alam sekitar. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penyelaras EKSA II dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), diikuti amanat daripada Tuan Pengarah. Acara kemuncak perhimpunan ialah Pertandingan Fesyen 3R yang menampilkan sepuluh penyertaan dari setiap bengkel. Pertandingan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan kreativiti dalam menghasilkan rekaan fesyen berasaskan bahan kitar semula. Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah dan pengiktirafan kepada para pelajar atas pencapaian cemerlang dalam beberapa pertandingan, antaranya: -Pertandingan JTM Skills 2026 – Johan bagi Bidang ICT, Kategori Cybersecurity. -Pertandingan Propitch 2026 – Projek Terbaik, satu pingat Emas dan dua pingat Perak bagi Kategori FYP. -Pertandingan Inovasi Kreatif Barangan Terpakai – Pengiktirafan kepada para pemenang atas kreativiti dan inovasi yang ditampilkan. -Pertandingan Fesyen 3R – Pengiktirafan kepada para pemenang atas idea dan rekaan fesyen kreatif berasaskan bahan kitar semula. Diharapkan penganjuran program ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga kampus serta menjadi pemangkin kepada pembentukan pelajar TVET yang bukan sahaja kompeten dalam bidang teknikal, malah turut memiliki daya kreativiti, inovasi dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar. Semoga amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) terus dibudayakan dalam kehidupan seharian demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, lestari dan mampan.

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial