Accessibility Tools

Lawatan Kerjasama Penempatan Latihan Industri bersama GSA Technology and Services Sdn Bhd

Lawatan Kerjasama Penempatan Latihan Industri bersama GSA Technology and Services Sdn Bhd

19 Oktober 2026 | Lawatan Kerjasama Penempatan Latihan Industri bersama GSA Technology and Services Sdn. Bhd. Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menerima kunjungan bagi Lawatan Kerjasama Penempatan Latihan Industri daripada pihak GSA Technology and Services Sdn. Bhd. Sesi perjumpaan yang berlangsung pada petang tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana telah dihadiri oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Ts. Yuslan bin Yasok bersama barisan pengurusan institusi serta wakil pengurusan GSA Technology and Services Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Muhammad Shafiq B Ridhuan (Managing Director) dan Puan Nuramiratul Hakimah binti Badrul Nidzam. Lawatan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik khusus untuk penempatan latihan industri bagi pelajar daripada program Teknologi Komputer (Rangkaian) di samping memperkenalkan latar belakang syarikat serta mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai silibus latihan. Semoga perbincangan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antara institusi TVET dan pihak industri demi kebolehpasaran graduan.

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial