PENGAMBILAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH KDEBWM
PENGAMBILAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH KDEBWM
15 Oktober 2026 (Khamis)
Zon EKSA Ungku Omar, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
Sebagai kesinambungan daripada program Clean and Green Day, aktiviti pengumpulan dan pengambilan barangan kitar semula oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) telah dilaksanakan melibatkan Zon EKSA Ungku Omar, yang merangkumi Bengkel Multimedia serta Bengkel Teknologi Pembangunan Aplikasi (Web & Mobile) – TPP.
Usaha ini bertujuan menyokong amalan kitar semula, mengurangkan sisa buangan dan mengekalkan persekitaran bengkel yang bersih, kemas serta kondusif.
Bersama-sama kita membudayakan amalan hijau demi persekitaran yang lebih lestari!