5 Disember 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menyertai webinar kolaborasi bertajuk “Architectural Construction and Drawing Recognition”. Webinar bersama Zibo Polytechnic University, China.
TAHNIAH Bengkel CADD Senibina.
24 November 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perjumpaan dan perbincangan strategik bersama delegasi daripada Intellize Tech Sdn. Bhd.
Sesi yang berlangsung pada hari ini telah dihadiri oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Ts. Yuslan bin Yasok, diiringi oleh En. Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah (Pegawai CESS) dan Pn. Nurulafiza binti Ramli selaku wakil Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian. Delegasi dari Intellize Tech pula diwakili oleh Dr. Khavita, En. Jenar, dan En. Jegan.
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak, khususnya dalam program GTEP. Turut dibincangkan adalah pelaksanaan pensijilan profesional berimpak tinggi seperti Certified Network Defender dan Certified Ethical Hacker serta lain-lain inisiatif berkaitan teknologi.
Semoga perbincangan ini menjadi titik tolak kepada usahasama yang kukuh dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten dan bersedia untuk industri, terutamanya dalam bidang keselamatan siber.
19 & 20 November 2025 |Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan satu siri program webinar dan majlis pelancaran kolaborasi bertajuk “Webinar on Application of Artificial Intelligence Technology with Hebei Software Institute, China”.
Program yang berlangsung pada pagi (19 Nov) dan petang (20 Nov) tadi telah merangkumi sesi webinar dan Majlis Pelancaran Kolaborasi yang diadakan secara hibrid dari Kampus ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Hebei Software Institute, China melalui platform Zoom.
Majlis Pelancaran ini turut menyaksikan upacara Menandatangani Letter of Appreciation (LoA) antara kedua-dua institusi, dengan International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) sebagai perantara. LoA telah ditandatangani oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Ts. Yuslan bin Yasok dan Presiden Hebei Software Institute, Mr. Ma Zhifeng.
Program ini telah disertai oleh para pengajar, staf pengurusan, dan pelatih ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program/Sesi ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai teknologi terkini dalam bidang AI dan merasmikan jalinan kerjasama strategik antara institusi TVET Malaysia dan institusi China.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa dan melahirkan graduan yang kompeten dalam teknologi terkini.
19 & 20 November 2025 | Program bersama International Cultural Communication Centre Malaysia (ICCCM) dengan Hebei Software Institute, China.
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan satu siri program webinar dan majlis pelancaran kolaborasi bertajuk “Webinar on Application of Artificial Intelligence Technology with Hebei Software Institute, China”.
Program yang berlangsung pada pagi (19 Nov) dan petang (20 Nov) tadi telah merangkumi sesi webinar dan Majlis Pelancaran Kolaborasi yang diadakan secara hibrid dari Kampus ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Hebei Software Institute, China melalui platform Zoom.
Majlis Pelancaran ini turut menyaksikan upacara Menandatangani Letter of Appreciation (LoA) antara kedua-dua institusi, dengan International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) sebagai perantara. LoA telah ditandatangani oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Ts. Yuslan bin Yasok dan Presiden Hebei Software Institute, Mr. Ma Zhifeng.
Program ini telah disertai oleh para pengajar, staf pengurusan, dan pelatih ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program/Sesi ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai teknologi terkini dalam bidang AI dan merasmikan jalinan kerjasama strategik antara institusi TVET Malaysia dan institusi China.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa dan melahirkan graduan yang kompeten dalam teknologi terkini.
13 November 2025|Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang pelatih yang telah dilantik secara rasmi sebagai MyNext Campus Ambassador bagi ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Sesi 2025/2026.
Pelantikan di bawah program MyNext oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) ini melibatkan:
Muhammad Zulhilmi bin Zulkifli (Diploma Teknologi Pembangunan Aplikasi (Web & Mobile))
Nurul Syafikah binti Samsulsah (Diploma CADD Senibina)
Nur Athilia Sofia binti Mohd Tarmizi (Diploma Teknologi Pembangunan Aplikasi (Web & Mobile))
Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang dan menjadi inspirasi kepada semua pelatih di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.