Perbincangan Kerjasama Strategik bersama Intellize Tech Sdn. Bhd.
24 November 2025 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perjumpaan dan perbincangan strategik bersama delegasi daripada Intellize Tech Sdn. Bhd.
Sesi yang berlangsung pada hari ini telah dihadiri oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Ts. Yuslan bin Yasok, diiringi oleh En. Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah (Pegawai CESS) dan Pn. Nurulafiza binti Ramli selaku wakil Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian. Delegasi dari Intellize Tech pula diwakili oleh Dr. Khavita, En. Jenar, dan En. Jegan.
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak, khususnya dalam program GTEP. Turut dibincangkan adalah pelaksanaan pensijilan profesional berimpak tinggi seperti Certified Network Defender dan Certified Ethical Hacker serta lain-lain inisiatif berkaitan teknologi.
Semoga perbincangan ini menjadi titik tolak kepada usahasama yang kukuh dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten dan bersedia untuk industri, terutamanya dalam bidang keselamatan siber.