Accessibility Tools

Pertandingan Sukan Staf (Acara Dalaman)

Pertandingan Sukan Staf (Acara Dalaman)

11 September 2025 | Pada 11 September 2025, Adtec JTM Kuala Langat telah menganjurkan Pertandingan Sukan Staf (Acara Dalaman) yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Pelbagai acara menarik dipertandingkan seperti karom, dart, dam, catur dan batu seremban yang telah mencetuskan suasana penuh keceriaan serta persaingan sihat dalam kalangan warga kerja. Pertandingan ini bukan sekadar menguji bakat dan kemahiran para peserta, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim, meningkatkan kerjasama berpasukan serta memupuk budaya kerja yang positif. Suasana kekeluargaan yang terjalin sepanjang acara membuktikan bahawa semangat kesukanan mampu menyatukan seluruh warga Adtec JTM Kuala Langat. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, dan syabas kepada para pemenang yang berjaya mengharumkan nama unit masing-masing. Semoga pertandingan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti yang dapat menyemarakkan perpaduan, kebersamaan dan kesejahteraan bersama pada masa hadapan.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial