
Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar Bulan Ogos 2025
8 Ogos 2025 | Telah berlangsungnya Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar Bulan Ogos 2025 bersama Tuan Pengarah baharu, Ts. Yuslan bin Yasok, buat kali pertama di Dewan Besar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhamad Imran Bin Mohd Soufi. Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan penganjuran Karnival Sukan Dalaman Kakitangan dan Pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat oleh Pengerusi KESKIL iaitu En Mohammad Nur Syafiq bin Sulaiman.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Tuan Pengarah iaitu Ts. Yuslan bin Yasok. Tuan Pengarah mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kampus atas kehadiran dalam perhimpunan pada kali ini. Melalui ucapannya juga, Tuan Pengarah mengambil kesempatan merakamkan ucapan selamat datang kepada semua pelajar baharu sesi 2/2025 ke ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Tuan Pengarah turut menekankan agar semua pelajar menghargai peluang pembelajaran dan memberi komitmen penuh terhadap latihan serta aktiviti berpasukan. Adalah diharapkan segala amanat yang telah disampaikan menjadi titik tolak kejayaan yang berterusan buat semua pelajar.
Perhimpunan ini telah diakhiri dengan tayangan video Montaj Karnival Sukan Dalaman Kakitangan dan Pelajar serta perjumpaan kakitangan dan pelajar mengikut rumah pasukan.