Accessibility Tools

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Meneroka Kerjasama dengan JPN Selangor

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Meneroka Kerjasama dengan JPN Selangor

28 Julai 2025 | Pada 28 Julai 2025, satu sesi perbincangan telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat bersama Puan Maizun dari Sektor Pembelajaran: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Perbincangan ini tertumpu kepada penerokaan peluang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat besar dalam pembangunan kemahiran dan pengetahuan di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah di seluruh Selangor. Matlamat utama adalah untuk menyelaraskan inisiatif pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) agar lebih relevan dengan keperluan industri semasa, serta menyediakan platform yang kukuh bagi peningkatan kompetensi. ADTEC JTM Kampus Kuala Langat komited untuk terus menyokong agenda pembangunan modal insan negara melalui program-program latihan yang inovatif dan relevan. Kerjasama dengan JPN Selangor ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang untuk pendedahan TVET kepada generasi muda, sekaligus melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Maizun dan JPN Selangor atas kesudian menjalin kerjasama ini. Diharapkan jalinan ini akan terus diperkukuh demi masa depan pendidikan dan latihan kemahiran di Selangor.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial