Accessibility Tools

Mesyuarat Ketua Pengarah JTM bersama Pengarah-Pengarah ADTEC JTM bilangan 2/2025

Mesyuarat Ketua Pengarah JTM bersama Pengarah-Pengarah ADTEC JTM bilangan 2/2025

24 Mac 2025 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjadi pilihan berlangsungnya Mesyuarat Ketua Pengarah JTM bersama Pengarah-Pengarah ADTEC JTM bilangan 2/2025 termasuk Pengarah-Pengarah bahagian ibupejabat. Ketibaan Ybhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah di ILP Kuala Langat dimulakan dengan aktiviti mengacau bubur lambuk bersama warga institut, melambangkan semangat kebersamaan dan tradisi Ramadan. Seterusnya, mesyuarat rasmi bersama para pengarah berlangsung bagi membincangkan hala tuju dan strategi peningkatan mutu latihan serta perkembangan institusi. Selesai mesyuarat, Ketua Pengarah dan para pengarah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan sebagai penutup program Tadarus sepanjang Ramadhan. Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah turut menyampaikan saguhati kepada peserta Tadarus serta menyerahkan bantuan kepada golongan asnaf dan penerima sumbangan lain, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga ILP Kuala Langat. Ketua Pengarah dan Tim. Ketua Pengarah turut menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah ILP Kuala Langat. Majlis berakhir dengan suasana penuh keberkatan apabila Ketua Pengarah dan semua yang terlibat menerima bubur lambuk yang telah dimasak bersama-sama untuk dibawa pulang, menandakan kebersamaan antara kepimpinan dan warga ILP Kuala Langat.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial