Accessibility Tools

Program Ihya' Ramadhan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 2025

Program Ihya' Ramadhan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 2025

24 Mac 2025 | Program Ihya' Ramadhan ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 2025 Ybhg. Datuk Rospiagos Bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, telah menyerikan lagi Program Ihya's Ramadhan yang berlangsung pada 24 Mac 2025 di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat (ILP Kuala Langat). Program yang bermula dari jam 9 pagi ini, dimulakan dengan program memasak bubur lambuk, yang melibatkan barisan MPP dan AJK Surau. Datuk Ketua Pengarah serta barisan Pengarah Bahagian dan Pengarah ADTEC Zon Tengah juga telah bersama - sama menggaul bubur lambuk yang disediakan. Selain dari itu, berlangsung juga Majlis Khatam Al-Quran, serta penyerahan sumbangan kepada peserta Tadarus, Imam dan bilal solat tarawih, pelajar asnaf, serta kakitangan Landskap dan Pembersihan. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang sumbangan, dan semoga Allah S.W.T. membalas jasa anda.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial