Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
23 November 2024 | 5 orang pegawai pengiring dan 38 orang pelajar ILP Kuala Langat telah menyertai Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 22 November 2024 hingga 24 November 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.
Majlis perasmian Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada hari ini.
Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memastikan penglibatan aktif masyarakat dalam proses reformasi dan pembangunan negara seperti sesi interaktif bersama agensi kerajaan termasuk Pocket Talk : Advokasi TVET oleh KESUMA, reruai pameran yang menampilkan perkhidmatan terpilih serta padanan perniagaan (business matching).