Pada 22 Oktober 2022, seramai 10 orang peserta dari Bengkel Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) telah menyertai Program JOMLaunch Youth 2022. Program ini dijalankan secara virtual dan pelajar-pelajar berpeluang untuk belajar secara terus dari pakar-pakar industri melalui platform pembelajaran yang disediakan secara online.
Terdapat 3 bidang utama yang difokuskan untuk menggalakkan belia-belia meningkatkan kemahiran iaitu : Web Development, Mobile Application dan Internet of Things
Kemuncak acaranya adalah Majlis Perasmian Penutup JOMLaunch Youth yang diadakan pada 22 Oktober 2022 di World Trade Center, Kuala Lumpur.