Demo VR oleh Bengkel Multimedia di Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku
5 Disember 2025 | Para pelajar Bengkel Multimedua ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah turut terlibat dalam menjayakan demonstrasi Virtual Reality (VR) sempena Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku. Pelajar-pelajar kami berpeluang menunjukkan penggunaan teknologi VR dalam pembelajaran interaktif kepada para pengunjung.
Melalui demo ini, pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman pembelajaran imersif serta melihat bagaimana teknologi VR menyokong agenda TVET masa kini.
Tahniah kepada pelajar yang terlibat kerana berjaya mengendalikan sesi demo dengan penuh semangat.