
Perhimpunan Bulanan Pelajar Bulan Jun 2025
13 Jun 2025|Telah berlangsungnya perhimpunan bulanan pelajar pada hari ini bertempat di Surau Ar-Rahman, ILPKLS. Perhimpunan pada kali ini telah dikendalikan oleh Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian.
Perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan bacaan yasin sempena berlangsungnya Peperiksaan Akhir Pelajar Sesi 1/2025 pada minggu hadapan, 16 Jun hingga 26 Jun 2025. Selain daripada itu, wakil pelajar Teknologi Komputer Rangkaian turut menyampaikan tazkirah ringkas, diikuti dengan ucapan daripada Tuan Pengarah, Ts. Dr. Muhammad bin Yusof.
Seluruh warga ILP Kuala Langat mengucapkan selamat maju jaya dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.