Seminar "Sempurnakah Bacaan Al-Fatihah Kita?"
9 November 2024 | Seminar "Sempurnakah Bacaan Al-Fatihah Kita?"
Program yang berlangsung selama 2 jam ini merupakan anjuran pengajar subjek Pendidikan Islam iaitu Ustazah Intan Suraya binti Nordin yang melibatkan semua pelajar Islam bagi program sijil. Seminar ini telah disampaikan oleh En Arif Rahman bin Aktifanus.
Antara intipati seminar ini ialah mengenalpasti 30 kesalahan bacaan Al-Fatihah yang selalu dilakukan tanpa kita sedari.
Semoga dengan penganjuran seminar ini, semua pelajar dapat memperbaiki bacaan al-Quran terutamanya bacaan dalam surah Al-Fatihah.