Ceramah Motivasi & Kaunseling Pelajar
24 Julai 2024 || Ceramah Motivasi & Kaunseling Pelajar
Satu sesi Ceramah Motivasi & Kaunseling Pelajar telah diadakan untuk pelajar-pelajar yang baharu mendaftar di ILPKLS bagi Sesi 2/2024.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penceramah, Dr Shaikh Mansoor Bin Shaikh Ahmad kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman.
Moga program ini dapat menyuntik motivasi agar pelajar dapat meningkatkan kesedaran akan keperluan melanjutkan pelajaran yang merupakan langkah penting untuk mencapai impian & kerjaya.
"Jangan takut untuk bermimpi besar dan berusaha keras untuk mencapainya. Ingatlah bahawa setiap langkah yang diambil, walaupun kecil, adalah langkah menuju kejayaan." -Dr Shaikh Mansoor