Sukarelawan Bagi Program 'From Classroom To Career' SJK(T) Jugra
26 Mei 2024 || Sukarelawan Bagi Program 'From Classroom To Career' SJK(T) Jugra
Seramai 22 orang pelajar ILP Kuala Langat telah menjadi sukarelawan bagi membantu pihak SJK(T) Jugra dalam menjayakan pelaksanaan Program From Classroom To Career' bertempat di Dewan Lavender ILP Kuala Langat.
Melalui program ini, sukarelawan telah membantu dalam pengurusan acara, bermula dari pendaftaran peserta sehingga majlis perasmian program tersebut.
Adalah diharapkan dengan program sebegini dapat melatih pelajar - pelajar dalam mengendalikan sesuatu program, seterusnya mengeratkan hubungan di antara komuniti setempat.